Bahan untuk flysheet biasanya Nylon Talfeta yang dilapisi silver coating. Ianya amat ringan dan senang dibawa ke mana-mana dan boleh didapati dalam 3 saiz, iaitu:- Ia mempunyai saiz yang berbagai, dan kita digalakkan mimilih saiz byang besar aagar dapat merangkumi keluasan tapak. Biasanya di Malaysia flysheet dijual dalam 3 saiz, iaitu::
- 7 x 7 kaki
 - 7x 10 kaki
 - 10x 12 kaki
 
CARA-CARA MEMASANG FLYSHEET
Cara 1
Cara paling asas untuk memasang flysheet.Kebanyakan orang didedahkan dengan teknik ini dan boleh dikatakan ianya teknik yang paling mudah.
- Cari 2 batang pokok yang kukuh.
 - Ikat tali diantara 2 pokok berkenaan
 - Tegangkan tali dan letakkan flysheet diatasnya
 - Ikat ke enam-enam lubang pada flysheet dengan kuat dan kemudian pacangkan diatas tanah
 - Siap dan boleh tidur dengan selesa.
 
Cara 2
Cara yang hampir sama dengan cara pertama cuma bezanya pokok kayu digantikan dengan tiang sebagai asas.
- Pacakkan tiang dengan kukuh dengan kedalaman sekurang-kurangnya 1 kaki dalam.
 - Laraskan ketinggian tiang
 - Buat tali pengimbang pada sisi tiang untuk mengukuhkan tiang
 - Ikat tali diantara dua tiang itu dengan kuat dan pasang flysheet diatasnya
 - Ikat ke enam-enam lubang pada flysheet dengan kuat dan kemudian pacangkan diatas tanah
 - Siap
 
Cara 3
Cara sama seperti dua cara diatas cuma bezanya groundsheet digantikan dengan hammock (buai gantung)
- Pasang hammock dulu sebelum setup flysheet.
 - Setup flysheet cun-cun
 - Siap
 
Cara 4
Dari segi cara pasang sama seperti cara pertama.
- Pasang khemah siap-siap
 - Kemudian barulah setting flysheet ikut kesesuaian.
 - Siap
 
Cara 5
Ini adalah cara yang paling menarik
- Cari pokok yang boleh dilentur seperti buluh atau pokok muda.lenturkan pokok atau buluh,kemudian ikat dihujung pokok dengan tali dan ikat tali pada pancang(tengok gambar)
 - Ikat tali pada 2 penjuru flysheet,kemudian gantungkan flysheet pada pokok yang telah di lenturkan
 - Cara sesuai jika anda kekurangan tali utama.
 - Siap.
 
Cara 6
Untuk melalukan cara ini,anda perlulah mencari pokok yang mempunyai ranting atau dahan yang panjang
- Ikat sedikit pada hujung flysheet dan gantungkan pada dahan(rujuk pada gambar)
 - Kemudian letak pacak kayu di bahagian belakang(rujuk pada gambar)
 - Tegangkan tali supaya flysheet berada dalam keadaan yang sesuai
 - Siap
 
Cara 7
Untuk melakukan cara ketujuh ini,anda perlukan mencari pokok yang rendah atau berdahan rendah(rujuk pada gambar)
- Ikat pada pertengahan flysheet
 - Cara ini sesuai jika tiada tali utama atau cara yang paling cepat
 - Siap
 
Cara 8
Cara ini paling jarang dilakukan
- Letakkan pacang kayu yang besar dan kukuh ditengah-tengah flysheet
 - Tarik keempat bucu flysheet
 - Ikat dan pacangkan pada tanah
 - Siap dan boleh berehat …….
 
Cara 9
Cara yang paling mudah dan cepat
- Susun bag mengikut ketinggian yang anda inginkan
 - Pasangkan flysheet ikut cara biasa(rujuk pada gambar)
 - Kemudian ikat tali pada keenam-enam lubang dan pacangkan pada tanah
 - Siap
 
Cara 10
Boleh dilakukan jika anda dalam aktiviti berkayak dan mempunyai kayak.
- Cari tanah rata,kemudian terbalikkan kayak ke sisi
 - Buat penahan untuk mengelak kayak daripada tumbang,anda boleh letak kayu atau batu sebagai penahan
 - Kemudian pasang flysheet seperti biasa
 - Siap
 
Cara 11
Untuk melakukannya cari balak yang tumbang.
- Bersihkan kawasan itu
 - Pasang flysheet seperti biasa dan tegangkan dengan tali atau batu
 - Boleh buat cara ini jika kecemasan.
 
Cara 12
Untuk melakukan cara ini,cari pokok atau penahan untuk dijadikan bingkai untuk khemah
- Pasang flysheet dan cerutkan pada pokok atau penahan
 - Tegangkan dengan tali atau batu
 - Boleh buat cara ini jika kecemasan.
 - Siap
 
GALERI GAMBAR PENGGUNAAN FLYSHEET






















mantap nih bermnfaat banget min :))
ReplyDeletepusulabet
ReplyDeletesex hattı
https://izmirkizlari.com
rulet siteleri
rexbet
DV73J
whatsapp goruntulu show
ReplyDeleteshow
MQ30N
whatsapp görüntülü show
ReplyDeleteücretli.show
5Eİ