Breaking News

Bisnes

Tutorial

Gaya Hidup

Nasihah

Sunday, April 27, 2014

Cara-cara Memasang Flysheet Sebagai Tempat Berlindung


Flysheet digunakan sebagai pelindung tambahan untuk khemah. Ramai juga yang tidak menggunakan khemah tetapi menjadikan flysheet sebagai ‘Atap’ utama mereka.Sebenarnya tiada undang-undang khusus mengenai cara penggunaanya.Kebanyakan mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti luar ini mungkin tidak mengetahui cara lain untuk memasang flysheet.Oleh itu kami di sini saya berkongsi sedikit ilmu dan informasi sebagai rujukan tambahan kepada anda dalam menjalani aktiviti luar.

Bahan untuk flysheet biasanya Nylon Talfeta yang dilapisi silver coating. Ianya amat ringan dan senang dibawa ke mana-mana dan boleh didapati dalam 3 saiz, iaitu:- Ia mempunyai saiz yang berbagai, dan kita digalakkan mimilih saiz byang besar aagar dapat merangkumi keluasan tapak. Biasanya di Malaysia flysheet dijual dalam 3 saiz, iaitu::


  • 7 x 7 kaki 
  • 7x 10 kaki 
  • 10x 12 kaki 


CARA-CARA MEMASANG FLYSHEET

Cara 1




Cara paling asas untuk memasang flysheet.Kebanyakan orang didedahkan dengan teknik ini dan boleh dikatakan ianya teknik yang paling mudah.
  • Cari 2 batang pokok yang kukuh.
  • Ikat tali diantara  2 pokok berkenaan
  • Tegangkan tali dan letakkan flysheet diatasnya
  • Ikat ke enam-enam lubang pada flysheet dengan kuat dan kemudian pacangkan diatas tanah
  • Siap dan boleh tidur dengan selesa.

Cara 2



Cara yang hampir sama dengan cara pertama cuma bezanya pokok kayu digantikan dengan tiang sebagai asas.
  • Pacakkan tiang dengan kukuh dengan kedalaman sekurang-kurangnya 1 kaki dalam.
  • Laraskan ketinggian tiang
  • Buat tali pengimbang pada sisi tiang untuk mengukuhkan tiang
  • Ikat tali diantara dua tiang itu dengan kuat dan pasang flysheet diatasnya
  • Ikat ke enam-enam lubang pada flysheet dengan kuat dan kemudian pacangkan diatas tanah
  • Siap


Cara 3



Cara sama seperti dua cara diatas cuma bezanya groundsheet digantikan dengan hammock (buai gantung)

  • Pasang hammock dulu sebelum setup flysheet.
  • Setup flysheet cun-cun
  • Siap


Cara 4



Dari segi cara pasang sama seperti cara pertama.

  • Pasang khemah siap-siap
  • Kemudian barulah setting flysheet ikut kesesuaian.
  • Siap


Cara 5



Ini adalah cara yang paling menarik

  • Cari pokok yang boleh dilentur seperti buluh atau pokok muda.lenturkan pokok atau buluh,kemudian  ikat dihujung pokok dengan tali dan ikat tali pada pancang(tengok gambar)
  • Ikat tali pada 2 penjuru flysheet,kemudian gantungkan flysheet pada pokok yang telah di lenturkan
  • Cara sesuai jika anda kekurangan tali utama.
  • Siap.


Cara 6



Untuk melalukan cara ini,anda perlulah mencari pokok yang mempunyai ranting atau dahan yang panjang

  • Ikat sedikit pada hujung flysheet dan gantungkan pada dahan(rujuk pada gambar)
  • Kemudian letak pacak kayu di bahagian belakang(rujuk pada gambar)
  • Tegangkan tali supaya flysheet berada dalam keadaan yang sesuai
  • Siap


Cara 7



Untuk melakukan cara ketujuh ini,anda perlukan mencari pokok yang rendah atau berdahan rendah(rujuk pada gambar)

  • Ikat pada pertengahan flysheet
  • Cara ini sesuai jika tiada tali utama atau cara yang paling cepat
  • Siap


Cara 8



Cara ini paling jarang dilakukan

  • Letakkan pacang kayu yang besar dan kukuh ditengah-tengah flysheet
  • Tarik keempat bucu flysheet
  • Ikat dan pacangkan pada tanah
  • Siap dan boleh berehat …….



Cara 9



Cara yang paling mudah dan cepat

  • Susun bag mengikut ketinggian yang anda inginkan
  • Pasangkan flysheet ikut cara biasa(rujuk pada gambar)
  • Kemudian ikat tali pada keenam-enam lubang dan pacangkan pada tanah
  • Siap


Cara 10



Boleh dilakukan jika anda dalam aktiviti berkayak dan mempunyai kayak.

  • Cari tanah rata,kemudian terbalikkan kayak ke sisi
  • Buat penahan untuk mengelak kayak daripada tumbang,anda boleh letak kayu atau batu sebagai penahan
  • Kemudian pasang flysheet seperti biasa
  • Siap


Cara 11



Untuk melakukannya cari balak yang tumbang.

  • Bersihkan kawasan itu
  • Pasang flysheet seperti biasa dan tegangkan dengan tali atau batu
  • Boleh buat cara ini jika kecemasan.


Cara 12



Untuk melakukan cara ini,cari pokok atau penahan untuk dijadikan bingkai untuk khemah

  • Pasang flysheet dan cerutkan pada pokok atau penahan
  • Tegangkan dengan tali atau batu
  • Boleh buat cara ini jika kecemasan.
  • Siap

GALERI GAMBAR PENGGUNAAN FLYSHEET










4 comments:

Designed By SeoBlogger