Breaking News

Bisnes

Tutorial

Gaya Hidup

Nasihah

Thursday, April 24, 2014

E-Penyata Gaji Online - Semakan Gaji Kakitangan Awam


E-Penyata Gaji Online - Semakan Gaji Kakitangan Awam merupakan satu kemudahan online yang disediakan oleh kerajaan Malaysia menerusi ANM bagi membolehkan Kakitangan Awam Kerajaan menyemak penyata (slip) gaji mereka di talian. Kaedah ini ternyata mampu memberikan faedah penting untuk mempercepatkan proses mendapatkan penyata gaji secara individu berbanding menggunakan kaedah lama yang hanya keluar sebulan sekali sahaja sebelum ini.

Semak Penyata Gaji Online KLIK DI SINI 

Penjawat awam bukan sahaja boleh menyemak penyata (slip) gaji mereka sepanjang tahun, malah dengan kemudahan ini juga memudahkan urusan lain yang memerlukan mereka menggunakan slip gaji untuk pelbagai urusan termasuk urusan pinjaman bank. Sebelum ini jika anda memerlukan salinan penyata (slip) gaji secara berturutan untuk urusan pinjaman, perlulah memohon dari kerani pejabat sekolah contohnya bagi seorang guru.

Bagi yang kurang biasa, berikut langkah untuk menggunakan kemudahan ini:

Klik masuk kelaman ANM
Pilih e-penyata Gaji & Laporan





Masukkan No KP dan Kata Laluan (boleh dapatkan daripada kerani kewangan anda)



Pilih Penyata Gaji - Sendiri
Klik untuk muaturun (dalam format PDF)

Selamat mencuba!



8 comments:

Designed By SeoBlogger