Semasa memandu saya dengar penceramah (ustaz) berkata dari corong radio
"Cerdik pandai Yahudi merumuskan bahawa umat Islam tdak akan berjaya dikalahkan selagi mereka berpegang kepada Quran dan Sunnah; iaitu aqidah mereka. Untuk melemahkan aqidah umat Islam yang tua bukanlah perkara yang mudah kecuali melemahkan generasi muda Islam. Untuk melemahkan generasi muda pula strateginya ialah merendahkan martabat ibu-ibu Islam kerana dari merekalah terhasilnya anak-anak yang rendah martabat, maruah dan aqidahnya. Terbentuklah slogan di kalangan para Yahudi "Telanjangkan pemudi (Islam) maka rosaklah pemuda(Islam)"
CERITA 2
Pada suatu waktu yang lain isteri saya menelefon "Abang, ada budok sekolah dua orang (lelaki dan perempuan) belakang kedai. Saya intai ikut celah lubang kunci ni. Nak buat macamana?"
Saya menjawab "Tengok aje dulu, kejap lagi abang sampai" Dengan hasrat menasihati mereka walaupun mereka bukan anak murid saya.
Sesampai di kedai, isteri saya berkata, "Tak ada lagi bang, dah lari bila dengar saya berdehem. Saya tak tahan tengok". Certa isteri saya.... "Yang perempuan kata ke yang lelaki "Ala... abang sombonglah sekarang!!", sambil cuba mencium yang lelaki. Yang lelaki agak malu-malu dan mengelak. Yang perempuan jadi lebih agresif, Saya pun berdehem, mereka terus cabut lari".
CERITA 3
Kira-kira jam 8.00 malam, semasa membawa dua anak saya ke kedai RM2 untuk membeli barang untuk dihadiahkan kepada para guru mereka iaitu sempena Hari Guru, saya menunggu dalam kereta. Seorang pemuda berdiri di antara kedai RM2 tersebut dengan kedai handset di sebelahnya.
Tiba-tiba muncul seorang gadis pekerja kedai handset tersebut untuk membuang sampah. Pakaiannya seluar jean ketat yang cawatnya pendek berserta t.shirt singkat. Gadis itu agak rendah, gempal dengan kulit yang gelap dengan banyak parut-parut kecil (saya cuba gambarkan gadis itu agak tidak menarik fizikalnya).
Semasa menunduk membuang sampah sebahagian besar punggongnya jelas kelihatan termasuk lurah punggongnya walaupun oleh saya yang agak jauh dari dalam kereta, apa lagi tentulah lebih jelas bagi pemuda yang berada dekat di belakangnya. Tetarik dengan kejadian itu saya terus memerhati. Pemuda tadi terintai-intai 'lurah' di hadapannya. Sesekali mengerling sekeliling agaknya bimbang kalau-kalau ada orang yang terpandang gelagatnya. Gadis itu masuk ke kedai tetapi muncul kembali dengan membawa sampah lain pula. Dan... pemuda itu lebih ghairah memandang sambil mata sesekali cuba pastikan tidak ada sesiapa memerhati gelagatnya. Hitam dan berkematu pun tengok jugalah...
OOPOCOT !
Itu cerita benar dari saya dan saya mengharapkan pembaca cuba meneka mesej yang saya cuba bawa daripada 3 peristiwa di atas (maaf jika keterlaluan).
Cerita pertama menggerunkan kita kerana sebahagian besar rencana tersebut telah berjaya dilaksanakan serta cukup ampuh dengan bantuan pelbagai media milik mereka (Yahudi) - iklan, filem, majalah, lagu, internet, telefon mudah alih, rancangan realiti melalaikan dan seribu satu bahan sokongan lagi. Kesannya anak-anak, malah sebahagian ibu bapa (yang bodoh) telah hilang pertimbangan nilainya sehingga membuka aurat menjadi sesuatu yang remeh, cara berpakaian dan berfesyen (termasuk rambut) mengikut apa yang dipaparkan oleh media (sebahagian artis tidak sedar mereka dijadikan barua untuk tujuan ini - ini bukan budaya anda!), nilai hormat kepada yang makin pudar, derhaka, percakapan yang kasar, pergaulan bebas serta pelbagai gejala lagi. Cerita kedua dan ketiga memaparkan sebahagian fenomena yang berlaku kesan daripada perancangan tersebut. Telanjangkan pemudi maka rosaklah pemuda.
MANA BAPAMU, MANA IBUMU... Ya Allah lindungilah kami.
Wallahu A'lam

No comments:
Post a Comment