Breaking News

Bisnes

Tutorial

Gaya Hidup

Nasihah

Saturday, April 19, 2014

Lanskap Kolam Hiasan



Memiliki rumah adalah idaman setiap orang. Antara hiasan taman yang paling digemari ialah Lanskap Kolam Hiasan dan Air Terjun. Walaupun kos penyelegaraan dan pembikinan lanskap ini amat tinggi tetapi itu tidak menjadi masalah kerana ia boleh dibuat mengikut kemampuan masing masing.

Disamping mencantikkan halaman rumah ia juga boleh mewujudkan suasana Flora dan Fauna di halaman rumah. Bunyi air, percikan air, dan sentuhan pada air dapat menenangkan jiwa. Air dalam landskap memainkan peranan penting dalam hiasan taman.

Hiasan taman yang boleh dibuat dengan air ialah air pancut dan air terjun. Pelbagai variasi dapat dibuat dengan air pancut.

Dengan mewujudkan suasana yang aman damai ini, secara tak langsung dalam jangka masa panjang ia dapat menjimatkan kos, maksudnya disini jika kedamaian dan keindahan ada dirumah semestinya penghuni tidak keluar dari kawasan rumah jika tiada apa apa program atau kerja. Lebih baik menghabiskan masa mengecapi keindahan laman rumah sendiri, disitu juga akan timbul idea idea untuk menambah lagi keindahan lanskap anda.

Untuk membuat lanskap kolam air terjun haruslah mengambil kira keluasan laman, budget dan keperluan lain.

Lihat contoh gambar:



















Credit : Rumah Idaman



No comments:

Post a Comment

Designed By SeoBlogger