Breaking News

Bisnes

Tutorial

Gaya Hidup

Nasihah

Sunday, April 20, 2014

Tips Membeli dan Menjaga Khemah



Bercakap tentang khemah, tentu akan terpanggil nostalgia aktiviti perkhemahan yang kita lalui ketika zaman persekolahan. Ok, sebelum memberikan tips membeli dan menjaga khemah, kita berkenalan dulu dengan khemah.


Info Khemah
  1. Jenis - Terdapat berbagai jenis khemah, namun dua jenis khemah berikut paling banyak digunakan di negara kita serta agak mudah diperolehi, iaitu:
  2. Material - kebanyakan khemah menggunakan bahan nylon/polyester kerana ianya lebih ringan, tahan cuaca dan kalis air. Sebahagian daripadanya diberi lapisan atau 'coated' untuk memberi nilai tambah ketahanannya.
  3. Layer - bermaksud lapisan. Khemah dijual dalam 
    • Double Layer (2 lapisan - inner dan outer), atau 
    • Single Layer
    • Sudah tentu khemah double layer lebih baik kerana ianya lebih tahan dan kalis air, walaupun harganya lebih mahal. Khemah single layer tidak mampu menghadapi cuaca berhujan dan harganya jauh lebih murah.

Jika anda berminat untuk membeli khemah, perkara-perkara berikut perlu di teliti terlebih dahulu.

1. Saiz
Tentukan kegunaannya terlebih dahulu. Adakah untuk 2 orang, 4, 6 , 8 atau lebih? Biasanya saiz khemah di Malaysia ini terhad hingga untuk 8 orang sahaja, namun kami mempunyai khemah FRT301 yang boleh menampung sehingga 10 orang pada satu-satu masa. Perhatikan juga ketinggian khemah, kerana ianya memberi keselesaan untuk kedudukan berdiri seperti bersolat.

2. Bahan Fabrik
Kebanyakan khemah yang di buat pada masa ini menggunakan NYLON/POLYESTER kerana ianya lebih ringan dan tidak masuk air (waterproof). Anda disarankan supaya memilih warna yang cerah kerana warna cerah boleh mamantulkan cahaya dan haba.

3. Pengudaraan 
Kami juga mencadangkan anda memilih khemah yang mempunyai 2 pintu untuk pengaliran udara yang lebih baik dari khemah yang mempunyai 1 pintu.

4. Alat Ganti (Spare Part)
Alat ganti khemah adah penting kerana ianya menjimatkan kos apabila sebahagian daripada bahagian khemah rosak. Bagi sekolah selalu berlaku fibre glass pole (tiang) rosak, hilang tali penegang dan pancang besi. Jika rosak, tak perlulah beli khemah baru, hanya dapatkan alat ganti.  Khemah berjenama Freecamp mempunyai alat-alat ganti tersebut.  Malah untuk lebih keselesaan khemah yang terpasang boleh ditambah dengan flysheet talfeta.

PENJAGAAN KHEMAH
  1. Pastikan khemah sentiasa bersih terutamanya selepas berkhemah, bersihkan daun-daun kering dan ranting-ranting kayu yang melekat pada khemah anda sebaiknya.
  2. Cuci khemah anda dengan menggunakan air sahaja tanpa menggunakan sabun. Ini kerana sabun boleh menghakis bahan kalis air yang ada pada fabrik khemah.
  3. Selepas dicuci, pastikan khemah anda benar-benar kering sebelum dilipat dan disimpan.
  4. Simpan khemah anda ditempat yang paling selamat dari sebarang makluk perosak terutamanya lipas dan tikus. Anda juga perlu memeriksa khemah anda sekerap mungkin dan sekiranya tidak digunakan dalam jangka masa yang lama, khemah anda perlu dijemur sekali-sekala untuk menggelakkan fabrik khemah berkulat.


Kepada pembaca yang berminat mendapatkan khemah-khemah berkualiti sila layari Sekolah4u Collection

No comments:

Post a Comment

Designed By SeoBlogger