Breaking News

Bisnes

Tutorial

Gaya Hidup

Nasihah

Wednesday, May 28, 2014

Kotak Tanaman Penyeri Ruangan Laman Terhad




Kotak tanaman perindahkan kawasan balkoni, laman mini

RUANG terhad untuk bercucuk tanam bukan alasan untuk tidak menghias kawasan berkenaan dengan tumbuhan pilihan. Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menghias ruang terhad seperti di balkoni kediaman jenis rumah pangsa, apartmen atau kondominium, andai rajin serta kreatif.

Silap jika ada yang beranggapan penggunaan pasu saja yang sesuai bagi tujuan bercucuk tanam. Sebaliknya, penggunaan kotak tanaman juga sesuai bagi menanam tumbuhan hiasan mahupun tanaman boleh dimakan serta herba.

Selain boleh diletakkan di balkoni kediaman, kotak tanaman juga sesuai ditempatkan di ruang kosong berhampiran tingkap apartmen dan rumah pangsa.
Kehadiran tumbuhan di kediaman bukan hanya menyerikan ruang malah dapat menghidupkan suasana dan lebih penting menghijaukan kawasan.

Meletakkan kotak tanaman di tingkap atau balkoni juga tidak memerlukan belanja dan peralatan yang mahal cukup sekadar kotak tanaman yang dibeli daripada kedai peralatan atau nurseri bunga.

Selain kotak tanaman kayu yang boleh dibina sendiri, mereka yang bercadang meletakkan bekas berkenaan boleh membeli kotak tanaman plastik atau bahan sintetik yang boleh didapati di kedai barang keperluan kebun atau pasar raya.
















Beberapa langkah boleh diikuti untuk meletakkan kotak tanaman:

Langkah 1
Pilih kawasan tingkap dan balkoni yang mendapat cahaya matahari dan jauh daripada tiupan angin kencang

Langkah 2
Pastikan kawasan tingkap mampu menampung berat kotak tanaman. Kotak tanaman yang sesuai untuk tingkap biasanya tidak lebih daripada 0.3 meter.

Langkah 3
Gunakan kotak tanaman tahan cahaya matahari, haba dan suhu sejuk . Jika menggunakan kotak tanaman kayu gunakan daripada kayu cengal dan balau, elakkan menggunakan kayu tidak tahan pada panas dan lembap yang menyebabkannya cepat reput. Lebih mudah gunakan kotak plastik atau bahan gentian yang tahan suhu panas dan sejuk serta kelembapan.

Langkah 4
Bagi memastikan kotak tanaman tidak jatuh, lekatkan di tingkap sama ada menggunakan paku atau skru

Langkah 5
Pastikan kotak tanaman mempunyai lubang udara bagi membolehkan air siraman mengalir. Seeloknya sebelum meletakkan tanah, letakkan dulu serpihan pasu atau batu di bahagian bawah kotak tanaman supaya tanah tidak terkeluar dan ada rongga untuk alir mengalir keluar.

Langkah 6
Bagi memastikan air siraman tidak meleleh, letakkan pelapik di bawah kotak tanaman.



Info: Jenis bunga sesuai ditanam dalam kotak tanaman:

Sebelum memilih bunga sesuai, pastikan warnanya sesuai dengan warna cat atau jenis kediaman anda.

Petunia - Dianggap antara bunga popular kerana mudah ditanam dan mekar ketika musim panas. Ia menjadi pilihan kerana menawarkan pelbagai warna seperti merah jambu, ungu atau putih.










Geranium - Bunga berwarna merah, jingga, merah jambu, putih dan ungu muda ini memerlukan banyak cahaya matahari selain perlu dibaja sekurang-kurangnya sebulan menggunakan baja sesuai. Geranium juga terkenal sebagai tanaman pengusir nyamuk kerana bau harumnya tidak digemari oleh nyamuk.







Geranium Liar (Wild Geranium)




Pansy - Bunga pelbagai warna menarik ini mudah ditemui di nurseri tumbuhan. Uniknya, selain pelbagai saiz, bunga ini juga boleh menghasilkan pelbagai warna pada kelopak sama biarpun yang paling popular berwarna kuning, biru, merah, dan jingga.













Sumber asal DISINI

No comments:

Post a Comment

Designed By SeoBlogger